Kenyataan Privasi

Kenyataan Privasi

Huawei Cloud (“Huawei Cloud”, “kami”, dan “kita”) memahami kepentingan privasi anda kepada anda dan menghormati sepenuhnya privasi anda. Sila baca Kenyataan Privasi ini (“Kenyataan”) dengan teliti sebelum anda menyerahkan data peribadi anda kepada kami. Kenyataan ini terpakai kepada https://www.huaweicloud.com/intl/en-us/ (“Tapak web”), dan semua produk dan perkhidmatan yang terangkum atau merujuk kepada Kenyataan ini (secara kolektif “Perkhidmatan”). Kenyataan ini tidak terpakai kepada Kandungan Anda yang kami proses, simpan atau hos sebagai pemproses di Huawei Cloud.

“Kandungan Anda” merujuk kepada semua data (termasuk data peribadi), perisian, peranti, teks, imej, video, audio, fotograf, aplikasi pihak ketiga, maklumat, bahan atau dalam mana-mana format, yang diberikan atau yang anda sediakan dan/atau Pengguna Akhir anda yang dihantar kepada, disimpan dalam dan diproses dalam Perkhidmatan. Bahan, data dan maklumat kami tidak dimasukkan dan bukan sebahagian daripada definisi Kandungan Anda.

 

Keselamatan Huawei Cloud

 

Kenyataan ini menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda, serta asas undang-undang kami untuk pemprosesan dan langkah-langkah keselamatan yang kami laksanakan untuk melindungi data peribadi anda. Kenyataan ini juga menunjukkan hak anda berhubung data peribadi anda dan butiran lain yang berkaitan, yang anda perlu tahu sebelum anda memberikan data peribadi kepada kami. Kami mungkin memaklumkan kepada anda tentang pengumpulan data produk atau perkhidmatan tertentu, yang tidak ditunjukkan dalam Kenyataan ini melalui dasar atau notis tambahan yang disediakan sebelum pengumpulan data peribadi anda yang berkaitan.

Dengan berinteraksi dengan kami, menggunakan Tapak web kami, memberi maklumat kepada kami, atau mendaftar untuk perkhidmatan kami, anda bersetuju dan memberi keizinan kepada Huawei Cloud (termasuk Ahli Gabungan) dan pihak ketiga yang memberi perkhidmatan, wakil dan/atau ejen, mengumpul dan menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda mengikut cara yang dinyatakan dalam Kenyataan ini.

Kami mewujudkan Kenyataan ini untuk membantu anda memahami:

·       1. Bagaimana Huawei Cloud Mengumpul Data Peribadi Anda

·       2. Bagaimana Huawei Cloud Memproses Data Peribadi Anda

·       3. Bagaimana Huawei Cloud Menggunakan Kuki dan Teknologi yang Serupa

·       4. Bagaimana Huawei Cloud Berkongsi Data Peribadi Anda

·       5. Bagaimana Huawei Cloud Melindungi Data Peribadi Anda

·       6. Berapa Lama Huawei Cloud Mengekalkan Data Peribadi Anda

·       7. Bagaimana Mengakses dan Mengawal Data Peribadi Anda

·       8. Bagaimana Huawei Cloud Mengendalikan Data Peribadi Kanak-kanak

·       9. Bagaimana Data Peribadi Anda Dipindahkan ke Luar Negara

·       10. Bagaimana Kenyataan Ini Dikemas Kini

·       11. Bagaimana untuk Menghubungi Huawei Cloud

1.     Bagaimana Huawei Cloud Mengumpul Data Peribadi Anda

Data peribadi ialah mana-mana maklumat (sama ada benar atau tidak) yang berkaitan dengan orang sebenar yang dikenal pasti atau yang boleh dikenal pasti termasuk maklumat yang dapat mengenalpasti individu apabila diambil secara kombinasi dengan maklumat lain yang mana kami mempunyai atau mungkin mempunyai akses. Kami mengumpul data peribadi daripada anda semasa anda berinteraksi dengan kami untuk pelbagai tujuan, seperti menyediakan Perkhidmatan kepada anda dan mengekalkan operasi Perkhidmatan yang terbaik. Interaksi anda dengan kami mungkin termasuk, mendaftar akaun dengan Tapak web, melanggan Perkhidmatan, menyelesaikan pembayaran dengan kami, menghubungi kami semasa mengalami masalah (teknikal), melayari Tapak web kami dan mengkonfigurasi tetapan anda untuk akaun anda.

Bergantung kepada penggunaan anda terhadap Perkhidmatan, kami mengumpul data peribadi berikut:

a)     Data peribadi yang diserahkan kepada kami untuk mendaftar akaun pengguna, seperti nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan nama akaun yang diperlukan untuk pendaftaran. Untuk maklumat lanjut tentang Huawei ID, sila rujuk https://privacy.consumer.huawei.com/legal/id/privacy-statement.htm?&code=SG&language=ms-my

b)     Data peribadi yang disediakan semasa anda menghubungi kami, mengendalikan maklumat akaun anda, menggunakan perkhidmatan atau meminta sokongan atau bantuan daripada kami, seperti maklumat hubungan (nama penuh, alamat e-mel dan surat-menyurat, nombor telefon bimbit), maklumat perniagaan (nama syarikat, industri, jawatan), sumber pengenalan (pasport atau maklumat ID lain), maklumat bayaran (seperti maklumat akaun bank termasuk nombor kad kredit, tarikh tamat tempoh dan kod keselamatan, maklumat invois, maklumat cukai), maklumat sokongan Perkhidmatan dan teknikal (seperti sesi sembang atau perbualan telefon, butiran masalah teknikal dan maklumat lain yang anda muatnaik ketika anda menghubungi kami untuk meminta bantuan) dan tandatangan anda. 

c)     Data peribadi yang kami peroleh dan kumpul secara automatik apabila anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan yang disediakan oleh Tapak web ini, seperti sejarah pelayaran, tarikh dan masa akses anda, maklumat pelayar (termasuk tetapi tidak terhad kepada fon, jenis), aktiviti anda di Tapak web, ciri perkakasan dan perisian dan maklumat hubungan rangkaian (termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat IP, port, protokol rangkaian) dan maklumat lain tentang penggunaan perkhidmatan (seperti maklumat pengenalpastian perkhidmatan dan spesifikasi, maklumat transaksi, maklumat bil dan maklumat O&M).

d)     Data peribadi yang kami peroleh secara sah daripada rakan kongsi perniagaan (“Rakan kongsi” yang menyertai Rangkaian Huawei Cloud) atau pihak ketiga. Kami mungkin menerima dan mengumpul data peribadi tentang anda daripada sumber yang tersedia secara awam atau komersial seperti yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan terpakai.

Kebanyakan Perkhidmatan memerlukan data peribadi untuk beroperasi. Jika anda memilih untuk tidak memberikan maklumat yang diperlukan, anda mungkin tidak akan dapat menggunakan Perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda tidak mendaftar akaun pada Tapak web kami dengan menyerahkan data peribadi anda, anda tidak dapat membeli Perkhidmatan. Jika anda memilih untuk tidak memberikan data peribadi anda, dalam kes lain yang penyediaan data peribadi merupakan pilihan, anda mungkin tidak dapat menggunakan ciri tertentu Perkhidmatan, seperti pemeribadian. Walau bagaimanapun, ini tidak akan menjejaskan penggunaan anda terhadap ciri lain Perkhidmatan.

2.     Bagaimana Huawei Cloud Memproses Data Peribadi Anda

Kami memproses (termasuk mengumpul, menggunakan dan mendedahkan) data peribadi anda untuk tujuan berikut:

a)     Mencipta akaun anda.

b)     Bagi memenuhi obligasi kontraktual kami dengan anda seperti memenuhi transaksi atau permintaan perkhidmatan, termasuk pesanan, permintaan untuk pertukaran atau memberikan maklumat yang diminta kepada anda (seperti bahan Perkhidmatan dan kertas putih); menghantar, mengaktifkan atau mengesahkan Perkhidmatan, memberikan sokongan teknikal. Contohnya, untuk tujuan menyediakan perkhidmatan keselamatan kepada anda, kami mungkin memerlukan alamat IP anda.

c)     Menghubungi anda, dan menghantar notis yang berkaitan untuk menyediakan Perkhidmatan.

d)     Menghantar maklumat tentang Perkhidmatan yang anda mungkin berminat kepada anda, menjemput anda menyertai aktiviti Huawei Cloud (termasuk aktiviti promosi), tinjauan pasaran, atau tinjauan kepuasan atau menghantar maklumat pemasaran kepada anda. Jika anda tidak mahu menerima maklumat berkenaan melalui mesej, sila rujuk perenggan 7(c).

e)     Menggunakan proses automatik untuk menyesuaikan pengalaman Perkhidmatan anda berdasarkan pelbagai data termasuk data peribadi anda dan menyediakan pengalaman dan kandungan pengguna yang diperibadikan kepada anda berdasarkan asas tersebut.

f)       Meningkatkan Perkhidmatan melalui audit dalaman, analisis data dan penyelidikan.

g)     Menganalisis kecekapan operasi perniagaan kami dan menilai bahagian pasaran.

h)     Menyelesaikan masalah apabila anda menghantar laporan ralat kepada kami.

i)       Memastikan keselamatan Perkhidmatan dan pelanggan atau pengguna kami, menjalankan dan meningkatkan program pencegahan kehilangan dan antipenipuan kami.

j)       Mematuhi dan menguatkuasakan keperluan undang-undang atau peraturan atau standard industri terpakai.

k)      Tujuan-tujuan lain yang akan kami maklumkan kepada anda dan memohon keizinan anda. 

Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan berikut:

a)     Pendedahan tersebut diperlukan menurut undang-undang dan peraturan terpakai.

b)     Pendedahan tersebut diperlukan untuk melindungi hak atau harta Huawei Cloud, pelanggan kami dan/atau awam. Sebagai contoh, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda, jika kami percaya pendedahan tersebut perlu atau wajar untuk mencegah atau melindungi ancaman siber, penipuan, kecederaan fizikal atau kerugian kewangan, atau apabila berkaitan dengan penyiasatan aktiviti haram yang disyaki atau sebenar.

Sila lihat “Bagaimana Huawei Cloud Berkongsi Data Peribadi Anda” di bawah untuk butiran pihak ketiga yang kami dedahkan data peribadi anda.

Kami hanya akan mendedahkan data peribadi anda setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan terpakai dan menurut Kenyataan ini, atau menurut keizinan yang telah anda berikan kepada kami.

3.     Bagaimana Huawei Cloud Menggunakan Kuki dan Teknologi yang Serupa

Untuk memastikan Tapak web kami berfungsi dengan betul, kami boleh meletakkan kuki pada komputer atau peranti mudah alih anda. Sila lihat Dasar Kuki kami untuk butiran tentang kuki dan teknologi yang serupa yang kami gunakan dan cara kuki memproses data anda.

4.     Bagaimana Cloud Berkongsi Data Peribadi Anda

Berkongsi bermakna menyediakan pihak ketiga dengan data peribadi, dan pihak ketiga dan kami akan mengendalikan data anda secara berasingan daripada kami. Kami tidak akan berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga tanpa persetujuan anda, kecuali dalam keadaan berikut atau yang diperihalkan dalam Kenyataan ini:

a)     Pihak ketiga mengikut arahan anda. Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan persetujuan eksplisit anda dan mengikut arahan anda.

b)     Untuk pematuhan, pencegahan penipuan dan keselamatan. Kami boleh berkongsi data peribadi anda untuk tujuan pematuhan, pencegahan penipuan dan keselamatan.

c)     Ahli Gabungan. Kami boleh berkongsi data peribadi anda ahli gabungan kami untuk tujuan sokongan transaksi, sokongan Perkhidmatan atau sokongan keselamatan. Sebagai contoh, kami mengesahkan keunikan global akaun sebelum membenarkan ia didaftarkan. Maklumat anda hanya akan dikongsi untuk tujuan yang munasabah, dan hanya terhad kepada maklumat yang diperlukan oleh Perkhidmatan kami.

d)     Rakan Kongsi. Kadangkala kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan rakan kongsi kami atau membolehkan rakan kongsi mengumpul maklumat (termasuk data peribadi anda) secara terus melalui Perkhidmatan, seperti maklumat bil dan maklumat akaun anda bertujuan tujuan untuk melaksanakan Perkhidmatan kami, atau tujuan lain yang munasabah. Rakan kongsi kami mungkin termasuk:

1)     Pembekal pihak ketiga, pembangun, rangkaian dan platform media sosial. Sesetengah Perkhidmatan mungkin disediakan oleh pembekal pihak ketiga, pembangun atau platform secara terus. Dalam hal ini, kami perlu memberikan maklumat yang berkaitan kepada mereka, Contohnya, jika anda membeli perkhidmatan pihak ketiga melalui Pasaran, kami perlu berkongsi data peribadi anda dengan mereka untuk memenuhi transaksi tersebut. Jika anda telah mendayakan ciri atau kefungsian yang menghubungkan Perkhidmatan kepada platform atau rangkaian media sosial pihak ketiga (seperti log masuk ke Tapak web menggunakan akaun anda dengan pihak ketiga, penyediaan token akses anda untuk Perkhidmatan kepada pihak ketiga atau menyambungkan akaun anda kepada perkhidmatan pihak ketiga), kami mungkin mendedahkan data peribadi yang anda telah berikan kebenaran untuk kami berkongsi untuk tujuan ini. Jika anda menghubungkan akaun anda dengan akaun Rakan Kongsi, kami perlu mendedahkan maklumat yang perlu kepada mereka untuk memudahkan perkhidmatan. Kami tidak mengawal penggunaan pihak ketiga ke atas data peribadi anda.

2)     Pembekal Perkhidmatan dan Penasihat profesional. Kami boleh berkongsi data peribadi anda dengan syarikat pihak ketiga dan individu yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak kami atau membantu kami mengendalikan Tapak web, dan Perkhidmatan kami (seperti perkhidmatan bekalan, infrastruktur,  pengehosan, sokongan pelanggan, bayaran, analisis, pemasaran dan pengurusan pangkalan data). Kami berkongsi data sedemikian hanya untuk tujuan yang konsisten dengan Kenyataan ini atau dengan pengesahan anda. Contohnya, kami perlu berkongsi maklumat pesanan anda dengan pembekal perkhidmatan logistik untuk mengurus penghantaran, atau kami perlu berkongsi maklumat kewangan anda dengan pembekal perkhidmatan bayaran untuk mengesahkan dan menerus arahan pembayaran anda.  Kami boleh mendedahkan data peribadi anda kepada penasihat profesional, seperti peguam, jurubank, juruaudit dan penanggung insurans, jika diperlukan dalam kapasiti perkhidmatan profesional yang mereka berikan.

Apabila kami berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga, tanggungjawab dan obligasi mereka akan ditetapkan oleh kontrak dan kami akan memastikan mereka mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan data peribadi yang diproses.

5.     Bagaimana Huawei Cloud Melindungi Data Peribadi Anda

Kami memandang serius keselamatan data peribadi anda. Kami mengambil langkah-langkah fizikal, organisasi dan teknikal yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi anda. Sebagai contoh, kami menggunakan penyulitan untuk memastikan kerahsiaan data; kami menggunakan mekanisme perlindungan yang dipercayai untuk menghalang serangan data yang berniat jahat; kami menggunakan mekanisme kawalan akses untuk memastikan hanya kakitangan yang dibenarkan boleh mengakses data peribadi anda dan kami meningkatkan kesedaran dalam kalangan pekerja tentang kepentingan perlindungan data peribadi melalui sesi latihan keselamatan dan perlindungan privasi. Walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk melindungi data peribadi anda, sila ambil perhatian bahawa tiada langkah keselamatan yang berkesan sepenuhnya. Anda boleh mendapatkan butiran lanjut tentang pensijilan keselamatan kami di Huawei Cloud Compliance Center. Untuk tujuan ini, kami mengambil langkah-langkah berikut:

a)       Kami mengambil langkah-langkah yang munasabah dan boleh dilaksanakan untuk memastikan bahawa data peribadi yang dikumpul, minimum dan relevan untuk kepentingan yang berkaitan dengan tujuan ia diproses. 

b)       Kami menggunakan pelbagai teknologi seperti teknologi kriptografi untuk memastikan kerahsiaan data semasa penghantaran. Kami melaksanakan mekanisme perlindungan yang dipercayai untuk melindungi data dan pelayan storan data daripada serangan.

c)       Kami menggunakan mekanisme kawalan akses untuk memastikan bahawa hanya kakitangan yang dibenarkan sahaja boleh mengakses data peribadi anda. Selain itu, kami mengawal bilangan kakitangan yang diberi kuasa dan melaksanakan pengurusan kebenaran hierarki ke atas mereka berdasarkan keperluan perkhidmatan dan tahap kakitangan.

d)       Kami memilih rakan kongsi perniagaan dan pembekal perkhidmatan sebaiknya dan menggabungkan keperluan perlindungan data peribadi ke dalam kontrak komersial, audit dan aktiviti penilaian.

e)       Kami mengadakan kursus latihan keselamatan dan perlindungan privasi, ujian dan aktiviti publisiti untuk meningkatkan kesedaran pekerja tentang perlindungan data peribadi.

Walaupun kami melindungi data peribadi anda, anda bertanggungjawab untuk memastikan data log masuk anda disimpan dengan selamat, termasuk ID, nama pengguna dan kata laluan akaun.

Jika anda mendapati ID akaun anda digunakan oleh orang lain tanpa kebenaran anda, sila maklumkan kepada kami serta-merta. Anda berhak meminta kami menggantung mana-mana penggunaan tidak dibenarkan terhadap akaun anda.

Dalam kata lain, Huawei Cloud komited untuk melindungi data peribadi anda. Walau bagaimanapun, tiada langkah keselamatan yang sempurna dan tidak ada produk, perkhidmatan, laman web, pemindahan data, sistem pengkomputeran atau sambungan rangkaian yang benar-benar selamat.

Untuk menghadapi risiko yang mungkin berlaku, seperti kebocoran, kerosakan dan kehilangan data peribadi, Huawei Cloud telah membangunkan beberapa mekanisme dan langkah-langkah kawalan, mentakrifkan standard penarafan insiden keselamatan dan kelemahan serta prosedur pemprosesan yang sepadan dengan jelas. Huawei Cloud telah menubuhkan pasukan tindakan kecemasan yang khusus untuk melaksanakan perancangan keselamatan, pengurangan kerugian, analisis, pencarian serta pemulihan, dan untuk melaksanakan operasi penjejakan dengan jabatan berkaitan berdasarkan peraturan dan keperluan pengendalian insiden keselamatan.

6.     Berapa lama Huawei Cloud Mengekalkan Data Peribadi Anda

Kami akan mengekalkan data peribadi anda hanya untuk masa yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang ditetapkan dalam Kenyataan ini, kecuali jika diperlukan oleh undang-undang atau diminta oleh anda. Tempoh storan data mungkin berbeza bergantung kepada tujuan pemprosesan atau Perkhidmatan yang berkaitan.

Kami akan mengekalkan maklumat akaun anda selama yang perlu untuk kami menyediakan Perkhidmatan kepada anda atau untuk menjalankan obligasi kami atau menjalankan hak kami bawah perjanjian yang berkaitan dengan Perkhidmatan. Anda boleh memilih untuk menutup akaun anda. Selepas anda menutup akaun anda, kami akan berhenti menyediakan Perkhidmatan kepada anda dan memadam data peribadi anda yang berkaitan, dengan syarat kami tidak diperlukan untuk meneruskan pemprosesan data peribadi anda yang tertentu oleh undang-undang, cth untuk tujuan perakaunan atau simpan kira atau untuk menjalankan obligasi kami atau menjalankan hak kami bawah perjanjian yang berkaitan dengan Perkhidmatan.

7.     Bagaimana Mengakses dan Mengawal Data Peribadi Anda

Anda bertanggungjawab memastikan semua data peribadi yang dihantar kepada Huawei adalah betul. Kami berusaha untuk mengekalkan ketepatan dan kesempurnaan data peribadi anda dan memastikan data peribadi anda terkini berdasarkan maklumat yang anda berikan kepada kami.

Mengikut undang-undang dan peraturan terpakai sesetengah negara dan/atau rantau, subjek data mungkin mempunyai hak untuk membuat permintaan (selepas ini dirujuk sebagai “permintaan”) untuk mengakses, membetulkan, memadam atau menghapuskan data peribadi yang kami kekalkan.

Anda boleh membetulkan dan mengawal data peribadi yang kami simpan tentang anda seperti berikut:

a)     Maklumat akaun: Sekiranya anda ingin menambah atau mengemas kini data peribadi berkaitan dengan akaun anda, sila pergi ke Tapak web, log masuk ke akaun anda melalui Log In>My Account. Untuk sebarang pindaan maklumat yang diberikan melalui Huawei ID, sila rujuk Kenyataan Tentang HUAWEI ID dan Privasi.

b)     Kuki: Untuk maklumat berkaitan pengurusan Kuki, sila lihat Dasar Kuki kami.

c)     Mesej: Sila pergi ke Tapak web dan log masuk ke kotak mel akaun anda melalui Log In> butang My Account> Unread Messages. Anda boleh menetapkan keutamaan anda pada sudut atas kanan kotak mel anda melalui >Message Receive Management.

Anda mungkin mempunyai hak berikut berhubung data peribadi anda di bawah undang—undang terpakai:

a)     Hak untuk mengakses data peribadi yang kami tahan tentang anda dan memperoleh salinan data tersebut;

b)     Hak untuk membuat permintaan kepada kami untuk mengemas kini atau membetulkan data peribadi anda;

c)     Hak untuk membuat permintaan kepada kami untuk memadam data peribadi anda;

d)     Hak untuk membantah kami memproses data peribadi anda;

e)     Hak untuk menyekat kami memproses data peribadi anda;

f)       Hak untuk mendapatkan data peribadi anda dan meminta kami memindahkan data kepada pihak ketiga pilihan anda (kemudahalihan data); dan

g)     Hak untuk mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data yang kompeten.

Sila ambil perhatian bahawa hak ini bukan mutlak dan boleh dihadkan menurut undang-undang terpakai. Jika anda memerlukan bantuan kami untuk menjalankan hak di atas, sila hubungi kami seperti yang ditetapkan di “Bagaimana untuk Menghubungi Huawei Cloud” di bawah.

Secara lazimnya, kami akan memberi jawapan kepada anda dalam masa 0 hari, melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang terpakai. Bergantung kepada rumitnya permintaan anda, kami boleh memanjangkan tempoh dua bulan selanjutnya. Dalam kes ini, kami akan memaklumkan kepada anda tentang penyambungan tersebut dan sebabnya dalam masa 30 hari penerimaan permintaan anda. Sila ambil perhatian bahawa dalam sesetengah keadaan, contohnya apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, atau kami dilarang oleh undang-undang untuk memenuhi permohonan anda atau tuntutan anda melebihi hak anda bawah undang-undang terpakai, kami mungkin menolak permohonan anda. Dalam kes ini, kami akan memaklumkan kepada anda secara bertulis bahawa permohonan anda ditolak dengan sebab penolakan kami.

Anda boleh menukar skop pengumpulan data peribadi yang dibenarkan atau menarik balik keizinan tanpa menjejaskan kesahan aktiviti pemprosesan berdasarkan persetujuan dan sebelum penarikan balik persetujuan tersebut.

Hak anda menarik balik keizinan boleh dijalankan dengan menetapkan pilihan privasi pada akaun Huawei Cloud anda, menyahdayakan perkhidmatan atau memadamkan akaun anda. Anda boleh juga boleh mendapatkan bantuan melalui “11.Bagaimana untuk Menghubungi Huawei Cloud”.

Anda boleh memadam akaun anda dalam Perkhidmatan berkaitan akaun. Selepas anda memadam akaun anda, kami akan berhenti menyediakan produk dan perkhidmatan dan memadamkan data peribadi anda melainkan dikehendaki oleh undang-undang. Akaun anda tidak boleh dipulihkan selepas pemadaman. Anda perlu mendaftar akaun baharu jika anda mahu menggunakan Perkhidmatan yang berkaitan semula.

8.     Bagaimana Huawei Cloud Mengendalikan Data Peribadi Kanak-kanak

Perkhidmatan kami hanya untuk orang dewasa sahaja. Orang belum dewasa tidak dibenarkan mencipta akaun pengguna mereka sendiri.

9.     Bagaimana Data Peribadi Anda Dipindahkan ke Luar Negara

Untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda, kami boleh menyimpan data peribadi anda di negara/rantau tempat Huawei Cloud, syarikat gabungan Huawei Cloud atau pembekal perkhidmatan Huawei Cloud atau tempat subkontraktor berada. Maksudnya, data peribadi anda akan dipindahkan ke negara atau rantau di luar tempat anda berada atau tempat kami mengumpul data peribadi anda dan boleh diakses dan disimpan dalam bidang kuasa tersebut.

Bidang kuasa ini mungkin mempunyai undang-undang perlindungan data yang berbeza, yang mungkin mempunyai undang-undang perlindungan data yang kurang ketat. Dalam keadaan ini, kami akan memastikan bahawa pemindahan tersebut mengikut undang-undang dan peraturan terpakai (termasuk memastikan penerima luar negara adalah tertakluk kepada obligasi kerahsiaan dan perlindungan data tersebut mengikut kesesuaian) serta Kenyataan ini.

10.  Bagaimana Kenyataan Ini Dikemas Kini

Kami mungkin mengemas kini atau mengubah suai Kenyataan ini dari semasa ke semasa mengikut perubahan kepada Perkhidmatan atau pemprosesan data kami. Sekiranya kami mengemas kini Kenyataan ini, kami akan menerbitkan versi terkini Kenyataan pada Tapak web, dan kenyataan akan berkuat kuasa sebaik sahaja dikeluarkan. Anda dinasihati menyemak Kenyataan ini secara berkala untuk apa-apa perubahan. 

11.  Bagaimana untuk Menghubungi Huawei Cloud

Kami telah menyediakan jabatan perlindungan data peribadi (atau pegawai perlindungan data) yang khusus. Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, komen atau cadangan, sila hubungi kami dengan melayari halaman hubungi kami atau menyerahkan kepada pejabat global kami. 

Sekiranya anda ingin menjalankan hak privasi anda, atau mempunyai apa-apa isu privasi, atau ingin mendapatkan rujukan daripada kami tentang perlindungan data, sila lawati Portal Hak Subjek Data kami: https://www.huaweicloud.com/intl/en-us/personal-data-request.html. Anda juga boleh menghubungi kamu melalui emel [dpo.sg@huawei.com].  Anda juga boleh mengemukakan kebimbangan atau membuat aduan dengan pihak berkuasa perlindungan data atau pegawai lain dalam bidang kuasa tersebut.

Nota: Disebabkan oleh perbezaan undang-undang tempatan dan bahasa, versi tempatan Kenyataan Privasi mungkin berbeza daripada versi Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat mana-mana percanggahan, versi tempatan hendaklah diguna pakai.

 

Kemas kini Terakhir: Mei 2022

 

Anda boleh melihat kemaskini di

Huawei Cloud Privacy Statement History Version

Kenyataan Privasi ini hanya terpakai kepada pelanggan dari Malaysia.